Thursday, May 11, 2017

ANUGERAH DESA PERDANA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2017

Majlis bertarikh 08.05.2017 hari Isnin. Seramai 9 orang panel hakim yang terdiri dari Pegawai Kanan jabatan kerajaan antaranya Timbalan Pengarah BTN Kedah, Penolong pengarah Kanan Pjbt Menteri Besar dan Setiuasaha Negeri Kedah, Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Pengurus Pentadbiran Felcra Kedah, lain2 jabatan lagi antaranya Mara, KKLW dan lain2. Sebanyak 8 aspek yang dinilai dalam pertandingan ini. Setiap aspek mempunyai pecahan-pecahannya yang tersendiri. Selesai JKKK membuat perbentangan melalui tayangan slide, sesi soal jawap mengikut aspek dan biro dibawahnya akan menjawap persoalan sebaik mungkin..Selesai sesi soal jawap, panel ekonomi dibawa melawat tempat yang menjana ekonomi penduduk kampung, antaranya kedai bahulu, kedai pallet, nursery, kedai sabun, bengkel motor dan ladang2 tanaman seperti jagung, kacang bendi, kelapa sawit, penternakan itik dan kambing.
Selesai membuat lawatan, para panel dibawa ke demo laksa kebok. Setelah selesai di situ, panel dibawa masuk ke dewan untuk rumusan. 
cenderamata dari panel

kad jemputan

mercu tanda kampung

menyambut ketibaan panel

AJK JKKK bersama penghulu dan pesilat

gadis pemegang bunga manggar


kumpulan pesilat





barisan panel





















































No comments:

Post a Comment