Monday, May 29, 2017

Bubur Lambuk Ramadhan

28mei2017

Tempat: rumah En. Rohilan
AJK JKKK Memasak dan mengagihkan bubur lambuk pd pnduduk kg Guar Lobak.











AMALAN BAIK DI BULAN RAMADHAN

Apakah *Amalan bulan Ramadhan* yg akan kita buat utk *memaksimakan keredhaan Allah* (insyaAllah)?📚
1. *Tilawah Al Qurān* sejuzuk sehari paling kurang.
2. *Solat Tarawih* minima 8 rakaat setiap mlm.
3. *Solat Witir* minima 3 rakaat semalam.
4. *Beri makan orang berbuka puasa* walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.
4. *Solat fardhu 5 waktu berjamaah* setiap hari.
5. *Tahajjud* setiap malam minima 2 rakaat.
6. Solat *Sunat Dhuha* setiap pagi.
7. *Sedekah* setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan *bersahur* setiap hari.
9. *Iktikaf di Masjid* setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. *Tadarus Al Qurān* sambil usaha memahami maksudnya.
11. *Ziarah* orang yg kurang bernasib baik.
12. *Kurangkan ziarah ke bazar2 Ramadhan*.
13. Pilih *makanan Sunnah* sebagai menu harian.
14. *Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik*.
15. *Jauhkan aktiviti yg lagha.*
16. *Zikir harian*, banyakkan *berdoa*.
17. Lazimi bibir *berIstighfar* sekurang2nya 100x dlm sehari.
18. Ajari diri dengan *sifat rendah hati* kerana *ALLAH*
19. Mudah *memohon maaf* dan *memberi maaf.*
20. Menjaga dan menghubung *Silaturrahim*
21. Menjaga dan *menutup aurat* dengan sempurna
22. *Menjaga _lisan, pandangan, pendengaran & hati_* dari perkara2 yg dilarang.
23. *Tidak berlebih2an* mahupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan *amalan2 sunat* - solat sunat rawatib.
24. *Lazimi sunnah RasuluLLAH SAW* yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)
25. Lazimi utk *kawal dan tahan marah*, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah utk sentiasa *bersyukur* dan memperbanyakkan syukur kpd ALLAH SWT di kala senang maupun susah.
28. Menjaga *Ikhtilat* - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar *Zakat Fitrah* dalam waktu yg telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana ALLAH SWT - *hadirkan ALLAH SWT* di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.
💟 Mudah2an kita semua mendapat segenap Bantuan untuk dapat melaksanakannya,
Aameen Aameen ALLAHumma Aameen ~

JKKK Belanja Makan

Jamuan Kesyukuran Bersama JKKK Dan AJK KG Guarlobak Padangserai Menjemput Penghulu Dan keda.. Bertarikh 24.05.2017 Rabu
Makan Di D'FIESHA CORNER STEAMBOAT & GRILL BUFFET 









Thursday, May 11, 2017

ANUGERAH DESA PERDANA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2017

Majlis bertarikh 08.05.2017 hari Isnin. Seramai 9 orang panel hakim yang terdiri dari Pegawai Kanan jabatan kerajaan antaranya Timbalan Pengarah BTN Kedah, Penolong pengarah Kanan Pjbt Menteri Besar dan Setiuasaha Negeri Kedah, Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Pengurus Pentadbiran Felcra Kedah, lain2 jabatan lagi antaranya Mara, KKLW dan lain2. Sebanyak 8 aspek yang dinilai dalam pertandingan ini. Setiap aspek mempunyai pecahan-pecahannya yang tersendiri. Selesai JKKK membuat perbentangan melalui tayangan slide, sesi soal jawap mengikut aspek dan biro dibawahnya akan menjawap persoalan sebaik mungkin..Selesai sesi soal jawap, panel ekonomi dibawa melawat tempat yang menjana ekonomi penduduk kampung, antaranya kedai bahulu, kedai pallet, nursery, kedai sabun, bengkel motor dan ladang2 tanaman seperti jagung, kacang bendi, kelapa sawit, penternakan itik dan kambing.
Selesai membuat lawatan, para panel dibawa ke demo laksa kebok. Setelah selesai di situ, panel dibawa masuk ke dewan untuk rumusan. 
cenderamata dari panel

kad jemputan

mercu tanda kampung

menyambut ketibaan panel

AJK JKKK bersama penghulu dan pesilat

gadis pemegang bunga manggar


kumpulan pesilat





barisan panel